Thursday, February 7, 2013

Kelebihan surah al-Mulk (Kerajaan)



                                               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat kpd semua .. moga di hari Jumaat yg penuh keberkatan ini di penuhi dgn aktiviti2 yg  diberkati jgk .. :) 


Surah Al-Mulk (bahasa arab:الملك) adalah surah ke 67 dalam al-Quran.
Surah ini tergolong dalam surah 'makiyyah' yg terdiri drpd 30 ayat.
Dinamakan Al-Mulk kerana kata Al-Mulk dalam ayat pertama surah ini,     yang bererti 'Kerajaan'. Surat ini disebut juga dgn At Tabaarak yg bererti Maha Suci.  


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kpd pembacanya.


Surah Al Mulk hendaklah dibaca dgn penuh istiqamahdgn menjadikan mmbacanya satu amalan dalam kehidupan seharian kita. Ulama' berkata '' Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah Al Mulk dan As Sajadah ''.



Kandungan Surah Al Mulk :

Banyak mengisahkan ttg kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, '' Kerajaan ''. Paada awal surah, ayat ini mnceritakan kesempurnaan alam ini, yg tidak ada sebarang cacat celanya.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa2 kpd yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dgn penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatumenurut kehendakNya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya '' Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu ? ''. '' ya, tetapi kami mendustakannya ''. Begitulah jawapan mereka.

Cuba kita melihat kepada kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan utk membuat kebaikan ? Jika YA, cuba kita cek iman kita, mudah mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyesal di akhirat kelak. 

Dan secara ringkas utk ayat2 yg seterusnya berkisarkan kuasa Allah yg mengetahui perkara yg disembunyikan , berkuasa menciptakan burung yg terbang di angkasa, dan yg berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka kpd mereka yg mendustakannya, walhal sudah jelas bukti kekuasaanNya dan kewujudanNya.

Surah ini ditutup dengan satu pernyataan yang harus kita renungi bersama .

            '' Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu
         menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir? '' 



Kelebihan Surah Al Mulk :

  1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
  2. Penegah pembacanya dari siksa kubur.
  3. Berada dibawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
  4. Dihari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah nabi Yusoff (cantik).
  5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat dari hadis :

  1. Mendapat syafaat.
  2. Menyelamatkan dari siksa kubur.
  3. Hati beriman.
  4. Mendapat keistimewaan.
1) Khasiat ayat dari Surah Al Mulk :

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya) ? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, agi Maha Mendalam PengetahuanNya.

  1. Dipandang hebat dan berwibawa.
  2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
  3. Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
  4. Jika diamalkan wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
  5. Dibaca 2012 kali untuk menolak bala.
  6. Jauh dari siksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
  7. Jika berhajat melihat orang yang jahat, pencuru, sihir, penfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting di dalam peperiksaan lakukan : 
  •   Solat hajat
  • Baca ayat diatas dan diniatkan
  • Tidur dalam keadaan berwuduk dan berdoa (apa niat kita) dan tidur melembung kanan.

2) Khasiat ayat dari Surah Al Mulk :


قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ

Katakanlah wahai Muhammad : '' Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamupendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. ''

  • Jika dibaca ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit, InsyaAllah akan berkurangan dan akan sembuk sakitnya.

Terdapat banyak keistimewaandaripada 30 ayat Al Mulk ini. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah sehingga ia diampunkan.

Wallahua'lam dam selamat beramal !   (^__^)



No comments:

Post a Comment